Sunday, September 19, 2010

Hari Raya Eidilfitri 2010

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain daripada berada di sisi keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi bila hari begini, meriah, riuh, tak pernah senyap kerna sungguh ramai saudara pulang ke kampung, macam rasa nak runtuh rumah, nasib baik rumah batu.

Tak usahlah diceritakan tentang rendang, lemang, ketupat, daun palas, kuih raya itu suma perkara biasa. Makanan memang satu keistimewaan di hari begini. Perut anda juga akan menjadi semakin istimewa. Aku naik menyampah memesin dan memerah kelapa yang banyak. Kenapa? Kerana kerja ini tak boleh dilakukan sambil menghisap rokok. Jadi lebih baik menebang lalang, membasuh longkang, mengecat atau membakar lemang. Tapi macam mana pun, membuat kerja sambil berbual dengan makcik makcik aku adalah seronok. Tak kurang juga nenek aku yang ada saja membebelnya, nak buat macam mana, matanya sudah tak nampak kerana kabur, jadi membebel dan mengarah orang saja kepandaiannya. "Haa boy, kepala tu asingkan. Mesin yang muda untuk puteri mandi, yang tua tu nak buat rendang. Karang ko belah cabut betol sabutnye baru senang nak belah..". Bermain dengan arang pula memang kegemaran aku sambil melihat api darik kecil menjadi besar. Sungguh menakjubkan. Sambil menunggu api itu marak boleh juga layan mengumpat bersama makcik2. Hahaha.

Dengan pakcik-pakcik juga ada ceritanya, ada yang pasal nak beli tanah, ada yang berlagak baru membeli kereta baru, ada yang tak habis-habis dengan nombor ekor dan ada juga pasal bola sepak. Tapi yang paling best sebenarnya cerita tentang nombor ekor. Kerana kesudahannya adalah tak pasti, dan bermacam angan mengarut akan keluar. "Ni no kereta makndak ko naik first haritu, rugilah haritu tak pau. Kalau pau big dengan A memang sedap, dah boleh tuko kete baru dah."

Bertemu rakan yang pulang bercuti, main futsal beramai2 adalah aktiviti lain selain lepak minum. Pergi beraya ke rumah orang adalah satu aktiviti yang selalu aku elakkan. Kenapa: Malas. Aku selalu penat dan lebih baik menonton tv dan berehat di rumah ataupun melayan bergurau dengan anak buah yang kecil ataupun melihat mereka bermain bunga api. Lagipun, tujuannya sama, kuihnya juga sama, sama sahaja. Lebih baik bertemu melepak lebih bagus. Aku selalu menganggap aktiviti beraya dari satu rumah ke satu rumah ini agak keperempuanan, jadi budak kecil yang masih keanakan bolehlah berbuat begitu. Lainlah kalau pergi ke rumah gadis cantik, itu lain cerita. Aku lebih suka pergi ke open house. Lebih banyak makanan, lebih ramai orang.

Aktiviti lain di hari raya adalah: Racing. Aku pelik, tapi aku tengok jugak. Kerana bunyi kereta dan motor yang memecut laju adalah seronok. Tapi elakkan lah berlumba. Terutama sekali moto yang telah dibogelkan tanpa lampu tanpa brek sume, sangat merbahaya. Ingatlah orang yang tersayang. Tahun lepas ade budak meninggal pagi raya kerana racing. Renungkanlah.

Tapi ade juga cerite yang tak best, seperti, "Haa boy, ko tengah buat ape sekarang, dah kerje ke belom? Ko ni asek fail je blajo, asek enjoy je ape nak jadi ni?.."

Dan pakcik dan makcik aku yang masih bergaduh kerana berselisih faham. Kalau seorang balik kampung, seorang lagi takmau balik sehingga seorang lagi berambus. Aku tak faham kenapa nak bergaduh lama.

Aku juga tak dapat menonton bola sepak kerana remote control tv dikawal oleh makcik2 aku, yang tak habis2 dengan drama dan cerite2 melayu. Layan sudah. Seronok rasenya bila tak tengok bola, sebab kadang aku rase tengok bola macam picisan dan bosan. Jadi baik tengok tennis atau pun Nicol David.

Ade juga berlaku perkara yang tak best. Mak aku terpaksa dibawa ke hospital kerana mengalami diarrhea yang sangat teruk sehingga tak mampu berdiri, dimasukkan air kerana banyak sangat muntah dan badan kekurangan cecair. Nasib baik tak kena tahan wad. Aku sangat risau, tak pernah berlaku begini. Perkara yang paling aku risau dan tak mahu berlaku di dunia ini ialah: Ketiadaan seorang ibu. Beberapa hari kemudian aku pula mengalami demam. Turut serta adalah selsema, batuk, semput. Memang sialan. Mungkin kerna aku tak cukup tidur beberapa hari ini.

Bagaimanapun, hari raya tetap best.

No comments: